Saturday, 28 February 2015

Udang berlado kacang panjang

Simple. Easy to prepare. Most ingredients are in the kitchen...

Oleh kerana suka sangat masak version campak-campak apa yang ada je dalam fridge, so better document the recipe. Why? supaya lebih senang nak ingat benda apa yang dicampakkan tu ;p

Here goes...

Bahan-bahan:
1 kilo udang
2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang besar - dipotong halus
satu inci halia (agak-agak je la!) diracik panjang-panjang
2 sudu besar cili merah giling - (beli yang dah siap giling, di pasar je)
3 batang kacang panjang - dipotong just nice masuk mulut (agar tak tercekik?)
5 potong cili merah
Minyak masak - 2 sudu besar
Serbuk kunyit
Garam buluh masak

Cara-cara memasak...

  1. Bersihkan udang (better purify your udang ya!) - oleh kerana anak-anak malas nak kopek kulit semasa makan, maka mommy pun kopek buang semua kulit. Sebenarnya terpulang kepada cita rasa sendiri ya
  2. Gaul udang dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Panaskan kuali dan minyak. Minyak memang sedikit sahaja. Tak perlu deep fry.
  4. Goreng udang tadi sehingga agak garing.
  5. Kemudian, masukkan bawang besar yang telah diblender tadi. (Udang masih di dalam kuali yang sama bersama bawang. Sebab itu tidak perlukan minyak yang banyak.)
  6. Apabila bawang tadi garing sedikit, masukkan cili giling. Masakkan cili tadi sehingga sebati dengan bawang. Lebih kurang 10 minit.
  7. Kemudian, campurkan halia, bawang yang dipotong, cili merah potong dan kacang panjang.
  8. Gaul dan goreng bahan-bahan bersama sehingga mesra! 
  9. Lebih sedap jika kacang panjang tersebut tidak terlalu lembik. Biarkan 'crunchy' sedikit. 


Siap. Terus hidang dan makan bersama nasi panas. Lebih enak jika ada ikan sepat masin! Perrrrghhhh....

Jemput makan.

alhamdulillah,
azween


No comments:

Post a Comment