Sunday, 9 March 2014

Simply Lemon...Lemon Roasted Chicken!

Its chicken...again! azween nak share resepi ayam bakar yang sangat simple. Kalau selama ini, ayam bakar selalu dengan madu dan rempah, kali ni azween cuba dengan lemon pulak. My first few thoughts, its a simple recipe! Googled it over the internet earlier this week, but now I couldn't find the source. However, I could remember the essence of it. So...as usual, I tweak the recipe to make it more convenient for myself ! Here goes... Lemon Roasted Chicken!



Ingredients:
Bahan A:
1 ekor ayam  dipotong kecil   (detox dulu ya)
Garam
Lada hitam ditumbuk

Bahan B:
2 biji lemon
a) kulitnya dipotong kecil-kecil
b) buahnya dibelah dua  untuk mendapatkan perahan air lemon - guna 3 atau 4 half-lemons.
(1st half lemon diperah semasa masak kuah, 2nd half lemon dimasak bersama kuah, 3rd and 4th half lemon diperah pada ayam sebelum dibakar)
10 ulas bawang putih  diketuk dan dicincang
1 sudu besar minyak (untuk menumis)
1 cawan air
3 biji kentang  dipotong baji atau dadu sederhana besar

Bahan-bahan lain:
2 sudu besar olive oil
Untuk menambah flavour dan bau yang lebih esotik: (optional)
Sepotong capsicum hijau
Sepotong capsicum  kuning
Sepotong capsicum merah
1 sudu besar kacang gajus
1 sudu kecil rempah thyme

Cara-cara memasak:
1. Panaskan ketuhar kepada 200 darjah selama 15 minit.
2. Sediakan bahan-bahan A.
3. Gaul ayam yang telah di nyahtoksin dengan menggunakan mesin biozone food purifier (selama 30 minit sebelum ini) dengan garam dan lada hitam.
4. Perap sekurang-kurangnya 15 minit.

5. Sediakan bahan-bahan B.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Campurkan kulit lemon. Tumis lebih kurang 2 minit.
7. Masukkan air untuk mendapatkan kuah. Perah 1/2 biji lemon ke dalam kuali.(1st half-lemon)
8. Masukkan 1/2 biji lemon lagi ke dalam kuah. (2nd half-lemon)
9. Campurkan ubi kentang yang telah dipotong dadu. Biarkan selama 10 - 15 minit.
10. Padamkan api.

11. Sediakan mangkuk oblong atau bekas untuk membakar.
12. Gaul ayam yang telah diperap tadi, bersama olive oil. Susun di dalam bekas pembakar.
13. Tuang kuah yang telah dimasak tadi ke atas ayam.
14. Perah 1 biji lemon ke atas ayam. (Terpulang kepada citarasa masing-masing. Kepada yang tidak berapa suka rasa masam, boleh gunakan hanya 1/2 biji lemon. This is your 3rd half-lemon)
15. Tabur capsicum dan kacang gajus, di celah-celah ayam.
16. Masukkan ke dalam ketuhar selama 40 - 60 minit.
17. Balik-balikkan ayam tersebut setiap 20 minit, supaya ayam masak sama rata.
18. Kuah akan menjadi semakin pekat. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
19. Between 40 to 60 minutes, your chicken is ready to be served!






Before serving... what I did was, I scooped the chicken and potatoes and capsicum and everything else, except the lemons into another plate. Give it a try ya... Its simple. Its delicious. It got me a 5-star rating from my Qeely! Ohhhh and another tip is that, cook with extra tender loving care...I guarantee you that your lemon roasted chicken tastes better!

GO GET THAT OVEN OF YOURS UP AND BAKING WITH LEMONS!

Cheers
azween





1 comment:

  1. ok. This weekend I buat..nanti I share pics k..hugs, Kakak

    ReplyDelete