Monday, 24 February 2014

Ayam Masak Merah...lagi!

Tengah terfikir-fikir nak masak apa ye untuk berbuka nanti. Teringat pulak ayam masak merah masa hari Ahad, semalam. Irfan Kip loved it...even the kenits liked the chicken. Specially for my kiddos, please learn how to prepare and cook this simple dish ya. One fine day, mommy will order from all of you...Ayam Masak Merah, satu! hihihi...


Ingredients:
Half chicken - cleaned, detox, purified and say no to chicken skin and fat!
10 ulas bawang merah - kisar dengan blender
6 Cili kering - buang biji, masak dan blender (cili boh dari dapurku!)
2 labu bawang besar - dihiris
1 biji tomato - dipotong baji
sedikit halia - diracik panjang-panjang
2 sudu teh serbuk kunyit
Garam buluh - secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Lumur ayam dengan kunyit dan garam. Goreng separa masak. Jangan terlalu garing, nanti keras ayam tersebut. Angkat dari kuali dan ketepikan.
  2. Gunakan sedikit minyak dari gorengan ayam tersebut.
  3. Masukkan bawang yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan cili boh atau cili yang telah dikisar. Goreng bersama bawang kisar tadi sehingga naik minyak.
  5. Masukkan bawang besar dan tomato. Goreng sebati sehingga bawang layu dan tomato tersebut lembut.
  6. Akhir sekali, gaulkan ayam yang telah digoreng separa tadi, dan padamkan api.
  7. Tambah sedikit garam buluh, secukup rasa.

Note to the kiddos:
Please make sure you skinned your chicken, biozone purify them before cooking. It takes only 30 minutes to detox your chicken!

Sila masak ya! Soon, I'll be one extra-happy mommy. Jemput makan everyone...sedap dimakan dengan nasi panas atau puttu mayam atau roti!


Bayangkan puttu mayam (minus gula kabung and kelapa parut tau) cicah ayam masak merah? Perggghhhh.....

Cheers
azween



No comments:

Post a Comment