Tuesday, 21 January 2014

Ayam kentang telur bistik!



Ini masak campak-campak namanya...hihihi. There is a sudden craze for fried chicken in the house by aqeela, my first princess cum third child. So...for the past 2 weeks, we've been experimenting on various fried chicken recipe! Here's a recipe that  I would like to share...it only takes about 20++ minutes to prepare and ready to be serve. Selamat mencuba!

Bahan-bahannya:
1 whole chicken, cut into small pieces
3 biji kentang - dipotong dadu kecil
3 labu bawang besar - dihiris panjang (semi circle)
2 butir bawang putih - diketuk dan dicincang halus
1 sudu besar cili kering yang dah diblend  (cili boh la gitu)
3 biji telur
1 biji green pepper - dipotong baji
Halia - 1/2 inci diracik panjang-panjang
serbuk kunyit
garam buluh masak
1 susu besar sos lea perrins -sedikit je untuk marinate
3 sudu besar sos tomato

Untuk hiasan:
sedikit daun bawang - dipotong panjang
sedikit cili merah - dihiris
bawang goreng
1 biji tomato


Cara-caranya:
  1. Bersihkan ayam (detox guna bio zone food purifier), toskan air, dan gaulkan bersama sos lea perrins. Perap 5 minit
  2. Sementara tu, goreng kentang separuh masak. Letak tepi.
  3. Gaulkan ayam yang telah diperap bersama sebuk kunyit dan garam buluh masak. Goreng sehingga masak. Jangan terlalu lama. Nanti ayam goreng keras dan tak juicy. Asingkan.
  4. Goreng telur sunny side up, separuh masak telur kuning (terbaik!)
  5. Guna minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi, untuk masak sos / atau kuah. Ambil satu sudu besar minyak gorengan tadi.
  6. Goreng sedikit bawang besar, bawang putih sehingga naik bau.
  7. Masukkan cili yang telah diblend tadi (atau cili boh) dan goreng sehingga garing.
  8. Masukkan 3 sudu besar sos tomato dan secawan air. Sukatan air mengikut kesukaan masing-masing. Nak kuah lebih, letak air lebih etc.
  9. Masak sehingga kuah pekat dan campurkan halia, green pepper dan bawang besar yang selebihnya tadi.
  10. Bila bawang dah layu sedikit, terjunkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. (Telur jangan campurkan. Nanti pecah dan lembik, kurang sedap!) 
  11. Apabila, ayam dan kentang telah mesra dengan kuah (lebih kurang 2-3 minit sahaja) padam api.
  12. Letak garam buluh masak secukup rasa. (azween memang letak garam selepas padam api). Gaul semula untuk rata dan mesrakan garam buluh masak tersebut.
  13. Susun telur sunny side up tadi di atas pinggan.
  14. Kemudian, tuang ayam kentang sos tadi di atas telur yang telah tersedia tersusun.
  15. Hiasankan dengan hirisan cili merah, tomato, daun bawang dan akhir sekali bawang goreng. Selesai.
Jemput makan...Jom NGAP!


Whatever it is, jangan risau, resepi ni dah dinyahtoksin ayam tuh...kalau tidak, ada benda ni...Euwwwww!

Selepas 3 minit

Selepas 10 minit


Selepas 30 minit

Kalau diberi peluang untuk hidup dengan lebih sihat, azween memang paranoid...nak start bawa homecooked ke office tahun ni. At least, kurangkan sikit telan toksin ni...untuk hidup jangka masa panjang yang lebih terjamin dan selesa...Inshaa Allah...


Cheers
azween




No comments:

Post a Comment